Monday, October 5, 2009

Rajin Untung VS Rajin Rugi

Sebagai manusia biasa kita semua amat-amat-amat rajin dan kreatif berkerja untuk
menyara kehidupan keluarga kita.
Betulkan?? Aku pun sama macam korang semua
sebelum ini. Tapi yang sayangnya, Kita amat-amat rajin bekerja untuk kesenangan
dan kekayaan orang lain.Boleh tak??? kalau 20% kerajinan itu dipindahkan kepada diri dan keluarga kita sendiri. Unstoppable team sedia membantu kepada yang inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.



Syaratnya amat mudah

1.Seseorang Itu Ingin Belajar

2.Izinkan Diri Anda Dibantu.

Tak Dengar, Maka Tak Tahu,

Tahu tapi Tak Faham,

Dengar Dulu,

Percuma aje
The More U Learn Financial Intelligent, The More U Earn

Thursday, August 27, 2009

1st Roll - Lomolitos

Pada entri yang lepas-lepas, ada aku beli Lomolitos kan. Maka ini adalah sebahagian gambar yang aku ambik tempoh hari. So far, so good.

Ni merupakan roll pertama. Filem Superia 400. Gambar yang aku paparkan ini berkaitan dengan kereta perodua viva berkaler hitam, JIJU Q (nama manja).. Ini lah kereta aku setiap masa. Jika ternampak kelibat kereta ni, silalah hon..

Nantikan roll yang kedua dan yang ketiga. Kemungkinan lepas raya akan diuploadkan di sini atau di facebook.



Sunday, August 23, 2009

Ramadhan 2009

Wednesday, August 19, 2009

Pangsapuri Perwira - UTHM

Teringat pula kawan-kawan di sana. Maka aku pun gali-gali,terjumpa gambar kediaman lama aku di sana. Gambaran lama kediaman semasa menjadi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Banyak kenangan pahit dan masam di sini.

Ini gambar sebahagian kawasan kediaman pangsapuri Perwira, terletak di Parit Raja. Aku tinggal sini sejak tahun 2006-2009. Satu rumah 6orang pelajar. Rumah aku berdepan dengan rumah perempuan. Malam-malam boleh skodeng. Hehe...

Tuesday, August 18, 2009

Keindahan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur
Itulah kota serba moden dan penuh dengan kekusutan kesesakan di kepala otak ni.

Pada petengahan tahun 2009, aku gerak meronda-ronda ke ibu Kota. Saja-saja lihat keadaan sekeliling Kuala Lumpur. Bermula di Daya Bumi sehingga ke Petaling Street.

Saksikanlah sebahagian gambaran ibu kota ini.


Wednesday, July 15, 2009

Lomolitos : Kamera LOMO pertama aku

Kamera ini aku beli last week, COD from Kedai Lomo Anep...order Online kt forum Lomokids. Ni merupakan kamera LOMO aku yang pertama. Dan menjadi kamera yang ke4 dalam koleksi kamera aku.

Info:

Nama kamera : Lomolitos
Pilihan warna : Hijau, Biru, Merah, Kuning (warna yang aku pilih)
Filem: 35mm or slide
Abiliti : - Senang digunakan.
- Murah. Harga USD10.
- Ada colorflash mengikut warna pilihan kamera.
- Guna sebiji bateri untuk menghidupkan flash.